Seorang pengarang sudah menulis enam buah novel, tiga yang terakhir
termasuk yang paling laris. Kerana itu sering muncul di TV dan
radio, dan sering diundang ke pelbagai pesta dan sering disanjung.
semua peristiwa itu akhirnya menyebabkan dia suka menceritakan
tentang dirinya dan bukunya tanpa memberi peluang kepada orang lain
bercakap sama.
Pada suatu hari, dengan lembut isterinya menegur sikap baru suaminya,
lalu isterinya memberikan cadangan yang mana apabila suaminya
terlalu asyik bercakap dia akan membunyikan batuk supaya suaminya
berhenti dan memberi peluang kepada orang lain pula.
Suatu hari, ada seorang tetamu datang ke rumah pengarang. Mereka
berbual dan bercerita. Pengarang itu terlalu asyik menceritakan
tentang dirinya selama berjam-jam. Melihat suaminya bercakap terlalu
banyak berkaitan dengan dirinya sendiri, maka isterinya batuk
memberikan isyarat.....Tiba-tiba pengarang itu berhenti bercakap
mengenai dirinya dan berkata, “Cukuplah saya bercakap tentang diri
saya. Mari kita berbual tentang diri saudara sejenak. Apakah
pendapat saudara mengenai kejayaan saya?”