| |
|
PERTANYAAN |
Ada seorang pemuda yang sudah lama belajar di luar negeri kembali ke
tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta kepada bapanya mencari
seorang guru agama, kiai atau siapa pun yang boleh menjawab tiga
pertanyaannya. Selepas menanyakan kepada orang ramai,akhirnya bapa
pemuda itu berjaya mendapatkan seorang kiai di kampungnya itu.
Mereka berdua pun berdialog.
Pemuda: Saudara ini siapa? Dan bolehkah menjawab pertanyaan saya
nanti.
Kiai: Saya hamba tuhan dan dengan izinnya, saya akan menjawab
pertanyaan anda.
Pemuda: Saudara yakin? sedangkan para sarjana dan banyak orang bijak
yang saya temui tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiai: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, dengan izin Tuhan.
Pemuda: Saya ada tiga pertanyaan, pertama; kalau memang Tuhan itu
ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya, kedua; Apakah yang dinamakan
takdir, ketiga; kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa
dimasukkan ke neraka yang dibuat daripada api, tentu tidak
menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu ?
Tiba-tiba Kiai menampar pipi si pemuda dengan keras. Pemuda (sambil
menahan sakitnya ) berkata “ kenapa marah kepada saya,? !!!!
Kiai : saya tidak marah...... tamparan itu adalah jawapan saya atas
tiga pertanyaan yang saudara ajukan kepada saya tadi.
Pemuda : saya sungguh-sungguh tidak faham, tolong jelaskan ?
Kiai : bagaimana rasanya tamparan saya ?
Pemuda : Tentu sahaja saya merasakan sakit !
Kiai : Jadi saudara percaya sakit itu ada?
Pemuda : Ya...
Kiai : Tunjukkan pada saya, wujud sakit itu!!!
Pemuda : Saya ...hmm, saya tak boleh.
Kiai : Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan Tuhan
itu ada tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiai : Apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya
Pemuda : Tidak...
Kiai : Itulah yang dinamakan Takdir. Tangan diperbuat daripada apa
yang saya gunakan untuk menampar saudara.
Pemuda : Kulit.
Kiai : Bagaimanakah rasanya tamparan saya?.
Pemuda : Sakit.
Kiai : Walaupun syaitan diperbuat daripada api dan neraka diperbuat
dari api. Sekiranya tuhan berkehendak maka, menjadi tempat
mengazabkan syaitan laknatullah.
Sekian,
Wallahualam...
|
|
 |
|
|
 |
|
Copyright © 2003-2008
Majalah Syu'latul Kifah -
Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. |
Edisi 5
Tahun 2007 |
|
 |
|
|